Translate: English

Apakah yang Sedang Mencabar Minda Kita Sekarang?


Pendedahan Multimedia.

Pendorongan daripada kemajuan teknologi peralatan IT yang kian canggih telah menggalakkan pengusaha-pengusaha multimedia menerokai cara-cara yang baru supaya maklumat-maklumat terbitan mereka kian senang dijangkaui oleh segenap lapisan masyarakat. Kebelakangan ini, penggunaan multimedia telah menjadi sebahagian cara penghidupan di kawasan bandar.

Dari media percetakan sehingga ke media internet berinteraktif secara langsung di telefon bimbit dan komputer riba, kini bukanlah satu perkara yang luarbiasa di mana penerbit-penerbit iklan, penghiburan, perdagangan dan berita tergempar berusaha dengan begitu giat sekali untuk membeliakkan mata para kumpulan sasaran mereka demi mencapai matlamat tersirat di bawah media terbitan masing-masing.

Tambahan pula, adalah sukar bagi kita untuk menafikan bahawa maklumat media yang tersebar luas ini, kini telah mempengaruhi penghidupan manusia secara langsung and tidak langsung bukan sahaja dari segi cara mereka bertutur, bersolek, bersantap dan berhidup, malahan pula cara penilaian dan tangggapan mereka. Oleh yang demikian, maka tidaklah hairannya apabila kita ternanpak diri sendiri, anak-anak kita ataupun kawan-kawan kita sedang meniru tingkah laku atau nilai-nilai tanggapan tertentu yang ditunjukkan oleh watak-watak yang dimainkan di dalam siri TV suka ramai ataupun di dalam periklanan tertentu.

Sebagai pihak penerima pendedahan multimedia tersebut, di antaranya terdapat golangan yang terdiri daripada remaja, isteri, suami, pengusaha kewangan, pedagang, CEO, ahli politik dan sebagainya. Semasa berdepan dengan maklumat multimedia itu, kesemua golongan tersebut akan membuat penilaian dan memutus samada melayani (atau mengabaikan) maklumat multimedia itu. Ketepatan keputusan yang diambil mereka akan mempengaruhi nilai kualiti penghidupan mereka.

Walaupun dengan perdedahan multimedia yang begitu intensif sekali, mujurlah kita masih mempunyai keupayaan untuk memilih cara yang bersesuaian untuk mengendali maklumat multimedia di depan kita. Apa yang boleh dipertimbangkan di sini ialah kita masih boleh mempertajamkan ketepatan keputusan kita semasa kita membuat keputusan untuk langkah yang seterusnya.

NEXT: Bagaimanakan Caranya untuk Mempertajamkan Ketepatan Kita?

RETURN: Main Menu

Copyright © 2009 Shinken Experience. All Rights Reserved.